Wednesday 29 January 2014

cemburu atau memburu???

ape beza cemburu dan memburu,,,
heheheeee,,,, act. aku nak story pasal cemburu,,, 
cemburu ny penyakit yang pling bahaya sekali,,, huishhh,, kite kene pandai handle org yang cemburu ny,,, jangan kite follow emosi dye plak,,, klu kite follow plak emosi dia alamatnye meletup la gunung berapi terbesar kt dunia ni,,, hhahaa,, aku mmg seorang yang sangat cemburu,, tp blom sampai tahap cemburu buta lagi laaaa... tp bila aku bersama dengan si gadis comel ni,, aku boleh lagi control cemburu aku,, cume ade mse,, terbabas jugak,, hahahaa,,, sebab si gadis comel saye pandai treat, nasihat and jage hati saye saat saye jelly, sbb tu saye tak kuat jelly mcm dulu dh,,, btw, si gadis comel ny seorang yang sangat susah nak jelly, tp bila dia dh start jelly,, please fadz,,, beware,, hahahaaa,,, behave yourself fadz farrel,,, sbb seorang yang ssh nak cemburu, tp skli dye dh cemburu psal suatu perkara,, tlg beri dye kepercayaan,, jgn nak cuba2 lg nak main ngan api,,, tkot tersambar diri,,, huhuhuu,, tak pasal2, tgh oncall pon td gelak sakan pas2 jgn tanye nape klu si pendek comel ny tana ckap, tade mOod, kite ckp molek dia ckp 'tak lawak okay',,, haaaa ,,, pandai2 la nak main peranan ble dh jd mcm 2 yeeeee,, wakakaa

alang-alang dh cter psal cemburu ni,, aku nak kongsi la jugak pandangan aku pasal isu 'CEMBURU' ni,,, tipu la kalau seseorang tu tade perasaan cemburu lansung, bukan manusia namenye tu,,, hahaaa.. if korang baru couple, korang ni plak dh memang seorang kuat cemburu, and pasangan yang korg baru couple ny pon kuat cemburu,,, salah sorang mengalah la k,, mane boleh dua2 cemburu kawans,, memang hari2 la korang gado... nak ke gado hari2?? cube la cari jalan penyelesaian supaya korang nampak serasi,, dan cube cari keserasian korang ,,, okay???   

ataupun, korang ny seorang yang kuat cemburu, mcm aku laaa,, tapi pasangan korang ni tak suka sangat orang yang kuat cemburu atau yang suka wt kan keputusan and yang control si dia,,, mcm lahh si gadis comel saye tuu laaa,,, kanss??? huhuuhuu,,, so,, korang cube treat diri sendiri untuk control cemburu korang tu,,, cube berfikiran yang lebih matang,, berfikiran logik,, bertolak ansur,, control emosi,, positive thinking, buang la segala mcm negative thinking tu,,, even ade pon, just hold jehh ape yang korang fikirkan tu,,, jgn nak sembur ikut dan,,, sampai dh nampak kebenarannye dengan mata korang sendiri baru lah cube cari masa untuk bincang elok2,,, jgn bincang dalam keadaan marah,,, takkan ade penyelesaian smpai hujung klu ikutkan marah jehh,,, itu kalau betul,, klu tersalah fikir plak?? macam mane??? tak ke terasa pasangan kite tu?? bukan salah dia la kalau dia merajuk 7 hari 7 malam,,, hahahaaa,, TAPI,, kalau awak tu bukan jenis yang kuat cemburu, and dah tahu pasangan korang tu kuat cemburu,, jangan lah gatal2 nak uji ke, saje2 nak wt cemburu ke, suke wt dia cemburu ke,,, elakkan la nak wat gitu,, even tu hObi korang,, haaaaa,, patot nye korang bantu pasangan korang tu untuk control diri dia dari terus cemburu,, support dia,, kalau korang wt gak dye cemburu, jangan la nak ngamuk mcm orang gila kene sawan sebab pasangan korang tu cemburu sgt,,, hahaaa

so, cemburu ni boleh jeh diatasi, ade jehh ubat nye,,, tapi penadol, ubat batuk cap ibu dan anak, takkan berkesan nak hilang kan cemburu,, tapi ubat nye adalah hati,,, hati kita dan pasangan kita,, jaga hati, treat hati kita sebaik mungkin,,, ajar hati kite dengan perkara-perkara bermoral,,, jgn la ajar dengan bnde2 yg mengarut,, hitam lah hati kau tuh tak lame lg,, haishhh,,

walau sedalam mana cinta kita pada si dia,
walau setinggi mana cinta yang kita pupuk bersama,
walau sesukar mana pun kita nak lepaskan si dia suatu masa,,
tapi kita tak pernah usaha untuk menjaga hati si dia,,
tak pernah untuk fahami kehendak si dia,,
tak pernah untuk bertolak ansur untuk bahagikan masa,,
jangan kau pernah ungkapkan kau menyintai si dia,,
kerana,, 
kata-kata, perbuatan, sikap, pengorbanan kau tak seiring,,,
seiringkan setiap kata-kata, perbuatan, sikap, pengorbanan kau untuk meyakinkan si dia,
bahawa kau benar2 menyintai si dia dan kau begitu maksudkan nya,,,


HOT issue !

Hey hey :D

Tetiba harini nak post pasal isu HOT yang kami bincangkan petang tadi, " Kebahagiaan Rumah Tangga ". Ntah macam mana boleh tetiba cakap pasal benda ni dengan si buncit saya tu. Tapi rasanya sebab ade sorang duaorang tigaorang ....... gegurl ni ramai sangat nak ngorat awak haa sayang. Haishh, susah jugak bila in love dengan hotsettah ni kan ? *eleh, perasan la tu lepas baca, haha*. And salah satunya kawan kat tempat keje awak tu. Nama tu biarlah rahsia. Rahsia kita berdua kan sayang ? Muehehe. Tapi tu lah, ingat memang niat nak berkawan, tapi rupa-rupanya ada perasaan pulak kat awak dalam diam. Hishh. Siap panggil 'sayang' lagi, pesan 'jangan nakal-nakal' lagi, euwwww, pelishh laa wey. Dia tu sape ? Lol. Haaa haaa, ni yang nak marah ni, ni yang rasa nak pergi letak tapak kaki kat muka orang ni, ni yang rasa nak pergi main tampo tampo muka orang ni. Lama dah tak buat keje cemtu. Lalala. *nampak tak kat situ ke-gengster-an saya sayang ?* Hehehe.

So, lepas ni jangan tanya la ye sayang kalau saya tetiba control awak, cuba halang awak dari rapat dengan dia and pape jela yang sama waktu dengannya. Bukan hape, dia tu dah over sangat dah. Orang cuba untuk memahami, sporting, tengok-tengok dia amik kesempatan pulaks. Kita ni bukan main hormat ikatan persahabatan awak dengan dia, tup tup, haaa amik kau mak jemah dia dah ter-suka dekat laki kau. Hekhek. Bukan niat nak halang ke hape, tapi takut dia amik awak dari saya. Saya sayang awak taw taw. Kalau tak sayang lama dah biar cemtu je. Jelly taw. Yelakan, awak ngan dia dekat, saluu jumpa, saya ni ? Jauhhhh ~~ Huwaa :'( Awak paham kan sayang ?

Eh eh eh, rasa macam dah keluar dari topik ni. Haha. So back to the actual topic, kebahagiaan dalam rumah tangga / hubungan ni, bagi saya, semuanya bergantung kat sifat tolak ansur and kesefahaman antara wife dengan hubby dia tu. And perlu jugak ada 5K yang awak dah story mory haritu. *refer to the 3rd post*. And and and, mampu tahan godaan dari luar. Hehehe. Jangan terasa ye sayang. Sape yang terasa pedas tu dia makan cili la kot. Hihi.

And as what you've said, bagi awak kebahagiaan rumah tangga ni memang tanggungjawab wife and hubby tu, kena sama-sama bekerjasama, takkan semua benda wife nak harap kat hubby je or sebaliknya. Tak boleh lepas tangan camtu je kan. Memang laa suami or lelaki ni ketua keluarga tapi si isteri or gurl ni kena la bantu pihak yang satu lagi. And kadang-kadang si isteri or pihak gurl ni pun berhak untuk buat keputusan saat partner dia tu dalam keadaan keliru or buntu. Bahagikan tugas masing-masing. Baru la adil. Cuba elakkan rasa dengki and tak puas hati tu okay ?

So sayang, sama-sama la kita jaga relay kita ni semampu yang boleh ek. Selagi boley settle, try semampu yang boleh, Settle cara baik. Contohnya macam kes kat atas tu la kan. Nasib baik kita sama-sama paham and alhamdulillah semua tu kita dah settle. Hehehe. Iloveyou. Saya akan cuba pertahankan cinta kita semampu yang boleh. InshaAllah. Amin.

Monday 27 January 2014

tips aku cinta si pendek seorang,,, hehehee

bismillahirrahmanirrahim,,,
betul kata orang,,, jodoh itu rahsia ALLAH,,, kite takkan pernah tahu siapa jodoh kita, kita takkan pernah dapat jangka dia terbaik untuk kita... perkenalan aku dengan dia tanpa disengaja, tanpa dirancang dan juga tanpa dipinta,,, bermula daripada aku add dia kt bbm, si gadis comel ni mintak aku intro diri aku dan bla.. bla.. blaaaa,,, (klu aku citer detail, tak habis nanti,, haha) semakin hari kami semakin rapat,,, ade isu yang kitorg borak, ade je masalah yang kitorg kongsi,,,,

paling memeranjatkan aku,, first night kitorg oncall, dia boleh meneka perangai2 aku dengan tepat, (belum sempat aku tunjuk belang aku dia dh twu ni,, ape aku boleh buat?? hahahaa) mungkin sebab ni aku xreti nak tipu dia.... hahhaa...

kat sini, aku bukan nak story pape pon,, cume,, aku nak kongsi serba sedikit recipe untuk bina sebuah CINTA... korang kene la ada 5K,,, haaaaa,,, 5K tu ape??? sabaqq,,, sabaqq,,, nak gtao la ni, tp korg kne la bace smpai habis,, okayy??

K yang pertama :-

KEIKHLASAN.
ikhlas ni datang dari hati,, bile kite ikhlas melakukan sesuatu untuk pasangan kite, percaya lah, dia akan dapat rasa apa yang kita rasa,,,, even kita hanya luahkan kata2 manis pada dia,, aku pasti hati dia akan tersentuh dgn kata2 yang kita bagi...

K yang kedua :-

KEJUJURAN.
walau sesulit macam mne pon suatu perkara tu, kite mesti cuba berkata jujur pada pasangan kite,,, walau perkara tu menyakitkan hati dia, lebih baik jujur daripada tipu dia,,, alahh,,,, klu dia marah pon, xlame mane lah,, pujuk lahh slow2,, kann??? perempuan lebih bahagia bile kehidupan dia dihiasi dengan kejujuran,,, bak kata pepatah 'biar disakiti dengan kejujuran daripada dibahagiakan dengan penipuan',,, bila kite jujur dengan pasangan kita, secara automatik pasangan kita akan berkata jujur ngan kita,, tak yah suruh dia jujur pon dia akan jujur,,, percayalahh,,

K yang ketiga :-

KESETIAAN.
bile kite dah ikhlas,, dah jujur,, tp tak setia,,,, tak guna jugak,,, huhuuhuhuu,, bukan susah pun nak setia babe,,, dulu, aku pun fikir,,, untuk ape kite nak setia kan,,, ye ar,,, aku ngan dunia cinta aku mcm ni kan,, tapi bile aku kenal dengan si gadis comel ni, automatik aku rasa nak setia,, tak susah pun,, alhamdulillah aku happy,, happy sangat dengan dia,, bagi aku si gadis comel ny cukup setia pada aku,, bukan setakat dalam relay, tp dia setia tunggu aku balik kerja, setia mendengar masalah aku, setia menasihati aku tanpa rasa bosan,, ny baru betul setia ny,, hahahhaaaaa,,

K yang keempat :-

KASIH SAYANG.
haaa,,, bab ny,,, sume org thu kan,, tak perlu la aku nak hurai panjang lebar ni,, semua orang perlukan kasih sayang,, bukan setakat dari pasangan kite,, malah dari orang sekeliling kite.. am I right??? huhuuu,,, cume quantiti dan care setiap individu tu bg kite kasih sayang,,, dari ibu bapa, lain carenye, kekasih pulak lain,, dari kawan2 pon lain jugak,,, haaa,,, kalau dh kawan tu, buat cara kawan ,,, jangan nak lebih2 pulak kan,,, dah twu dia tu hak org,, tak payah nak usya2 lebih,, okengg??? tak payah nak bbm,,, puji lebih2, siap nk usya bagai,, haishhh (ehhh!! teremosi pulak kt sini kann... wakakak)

Lastly,,, haaa,, sampai jugak K yang terakhir,,, iaitu :-

KESEFAHAMAN.
act. kesefahaman ni la paling penting,,, dari KESEFAHAMAN ni, kite dapat pupuk sifat bertolak ansur, saling memaafi, berfikiran resional, open minded,, haa,,, see,,, banyak kan manfaat bile kite saling faham antara satu sama lain,, boleh elakkan dari rasa curiga jugak awww,,, sbb bile kite faham cara pasangan kita ny berkawan, kerja atau study, kurang la risiko CEMBURU BUTA tu,,, huhuuu,,,

so,,, korang dah dapat 5K yang aku maksudkan tu?? yang single tu, nak cari awex,, cari yang 5K aww,,, bru boLeh jadi taraf  5star... hahahaa,, yang dah taken tu pulak,,, cube la bincang elok2,,, ubah diri masing,, jangan nak salahkan antara 1 sama lain,, jangan nak EGO sangat,,, jangan nak tunjuk KERAS KEPALA sangat,,, korang tak bosan gaduh hari2 hah??? hehhee,, sorry kalau terkasar bahase eak,, just nak nasihatkan kawan2 seperjuangan ny je,, heheheee,, IKHLAS itu mulia, JUJUR itu bahagia, SETIA itu indah, SAYANG itu perasaan, FAHAM itu penyelesaian,,, hehhee,,, renung-renungkan dan selamat beramal... heheheee

Thursday 23 January 2014

[ Pesanan dari A K U ]

Ya Allah,

Sampaikan pesanan ini kepadanya,
Aku menyayanginya,
Tak sanggup untuk kehilangannya,
Tiap saat ku merindukannya,
Ingin bersama dengannya tiap masa.

Lindungilah dia saat aku tak bersamanya,
Aku hanya ingin dia bahagia,
Walaupun tak bersamanya,
Aku ingin selalu menjaganya,
Jangan pernah biarkan dia bersedih,
Aku hanya ingin melihat senyumnya.

I L O V E Y O U , C I N T A :*

Thursday 16 January 2014

2nd Meet, Pahang.

Assalamualaikum Cinta Haty :')

Ni saya punya 1st coretan untuk ceritakan luahan haty saya tentang cerita cinta kita. Tetiba je rasa nak kisahkan perjalanan cinta kita kat blog, online diaries saya satu masa dulu. And now dah jadi online diaries KITA. Bukan ape, nak tulis kat blog sebab nampak lagi kemas, comel and and and err err ... tolonglah sambungkan. Muehehe. Harini, dah cukup seminggu saya baru balik dari Pahang, dari rumah tercinta awak tu. 2nd meet kita kan ? 3 hari 2 malam jugak saya kat sana. Saya happy sangat dapat spend time kat sana taw. Bestttt sangat. 1st time kot pegi jalan-jalan kat sana. Actually berdebar sangat nak jejakkan kaki kat sana. Rasa takut nak berhadapan dengan family awak, kawan-kawan awak, keadaan kat sana, semua-semua lah. Hihi. Tapi kuatkan jugak haty ni sebab nak jumpa awak sangat-sangat, rindu sangat taw, so, saya doa banyak-banyak kat Allah, supaya tenangkan haty ni and harap semua dipermudahkan olehNya. Aminnn. 

Day 1 : Tepat jam 4.15 p.m, saya bertolak dari stesen bas tu and selama 6jam lebih perjalanan akhirnya sampai jugak. Nasib ada awak taw teman saya sepanjang saya dalam bas tu. Kalau tak boley mati kebosanan + kesejukan la jawabnya. Hehehe. Thanks sayang. Then sempat lagi kan saya main-main dengan awak sampai awak tercari-cari saya kat bus stand tu. Hahaha. Memang lawak ohh. Sakit perut gelak sorang-sorang dalam bas. Hihi. Bila saya turun je dari bas tu, terus nampak awak (sempoi je pakai t-shirt and short pants bunga-bunga, haha). Then kita terus masuk kereta and pegi jumpa Ary (King of Crocodile) kat kedai shisha. Lepak-lepak jap kat situ and bila tengok jam dah lewat, kita terus gerak pegi McD ( drive-thru : order set McChicken, share sama-sama, baru sweet kan ? Hekhek :p ). Then, bila sampai je rumah, dah lewat sangat dah, semua orang dah tido, dua-dua pun dah ngantuk and letih, terus baring kat katil and zZzzzZz (lepas rindu puas-puas, lalala ). Hihi. 

Day 2 : Subuh lagi awak dah bangun mandy, siap-siap nak pegi keje dengan mama and ayah. Awak tak cuti on that day sebab awak mintak cuti hari Jumaat and Sabtu. Saya pun bangun sekali sebab teringin nak salam and jumpa mama, ayah, opah and adik. Pikir 2648786x jugak nak jumpa tanak dengan dorang tu semua sebab bila teringat yang awak duk story mory dengan saya sebelum ni, rasa mcm takut pulak, hahaha. Tapi dalam haty ni tetap jugak nak jumpa. Last-last pegi depan mama, tunjuk muka yang baru bangun tido, xmandy tu depan mama, senyum kambing, act normal, salam and tegur macam biasa, and saya boley nampak yang mama okay je. Fuhhh, legaaa~ Then, salam dgn opah pulak, try bermesra dgn dia and alhamdulillah opah pun okay sajaa :) Dengan adik pun try tegur-tegur even dia mcm malu lagi.Ayah ? Haaa, dia awal-awal lagi dah dalam kete, xsempat nak jumpa. Haritu, mmg saya yakin dan pasti saya akan bosan sementara nak tunggu awak balik keje taw. Macam-macam saya buat (kemas rumah, teman opah pegi Mempaga and beli breakfast dgn lunch, kemas bilik and buat jela apa yang patut rasa boleh buat). Sampai ada satu tahap saya taktahu nak buat apa dah, saya ambik keputusan nak tido and suruh awak kejut bila awak dah balik keje. And, tetiba saya terjaga tu, tengok2 awak dah ade kat sebelah tengah tengok saya tido. Katanya tak sampai hati nak kejutkan. Sumpah rasa mcm malu. Hahaa. Awak terus peluk and cakap rinduu. Auwww, shoo shuweett. Haritu jugak kita pegi pusing2 kampung naik motor. And awak bawak saya meet Yanie, such a pretty and adorable girl. Maghrib baru balik rumah, mandy, masak and makan sama-sama dengan family awak. Bila dah tengah malam tu, mcm biasa la kan, tidoqqqq laa. Hehehe.

Day 3 : Hari Jumaat, awak dah plan nak bawak saya pegi jalan2 kat Temerloh and Jengka. Pergi cuci mata and shopping dekat Starmall, and pegi jumpa kawan awak kat Jengka ( Ash, Hanny, Musyi, Eein, Izs and Tika). On that day jugak, awak ajar saya main pool kan ? Hihi, suka sangat. Dapat pengalaman baru. Banyak betul shopping haritu kan. Beli baju, seluar and yang paling saya suka, baju couple kita yang num 2. Hihi, omey angad (purple-grey). Pastu pegi lepak dekat rumah sewa kawan2 awak kat Jengka and then malam pegi main futsal. Awak tu takut2 je nak main sebab dah lama xmain futsal. Rasa kelakar pun ada bila tengok awak main tambah2 bila awak jadi goalkeeper, hahaha, mmg xsesuai langsung. Lewat jugak kita balik malam tu kan. Even letih, saya happy sangat sebab dapat spend time dengan awak and dapat kenal2 kawan awak.

Day 4 : Last day saya kat Pahang. Tiket bas pukul 12pm. Bangun tido terus packing barang nak balik. Actually berat sangat hati ni nak balik tapi disebabkan saya ada aktiviti esoknya tu, jadi saya terpaksa balik jugak. Sedih tu memang sedih tapi nak buat camne, ni la hakikat yang kita kena tempuh bila kapel jauh. Sabauu jelaa. Mcm2 saya pesan kat awak (jaga diri, jaga kesihatan, jangan buat benda bukan2 yg boley buat saya susah haty, etc). Awak hanta saya kat bus stand. Bila saya naik je bas, terus sama-sama rasa sebak, sedih. Tapi saya cuba tahan air mata dpd jatuh depan awak tapi sayang, saya mmg xmampu sangat dah nak sorok air mata saya tu sebab tak sanggup nak tinggalkan awak. Huwaaa :'( Menangis jugak dalam bas tu. Haihh. Awak pun nanges jugak. Tapi saya cuba pujuk hati sendiri and pujuk awak, cakap yang bila ada rezeki and masa, kita jumpa lagi ye sayang. Saya sayang awak taw taw !

Btw, i'm so happy bila dengan awak sayang. Saya cuba untuk manfaatkan masa yang ada tu baik-baik sebab masa tu kan emas. Sekian lah dulu untuk kali ni yee. Iloveyou sayangggg. Muah muah.

*kat bawah ni ada some pics kenangan antara kita*