Thursday, 16 January 2014

2nd Meet, Pahang.

Assalamualaikum Cinta Haty :')

Ni saya punya 1st coretan untuk ceritakan luahan haty saya tentang cerita cinta kita. Tetiba je rasa nak kisahkan perjalanan cinta kita kat blog, online diaries saya satu masa dulu. And now dah jadi online diaries KITA. Bukan ape, nak tulis kat blog sebab nampak lagi kemas, comel and and and err err ... tolonglah sambungkan. Muehehe. Harini, dah cukup seminggu saya baru balik dari Pahang, dari rumah tercinta awak tu. 2nd meet kita kan ? 3 hari 2 malam jugak saya kat sana. Saya happy sangat dapat spend time kat sana taw. Bestttt sangat. 1st time kot pegi jalan-jalan kat sana. Actually berdebar sangat nak jejakkan kaki kat sana. Rasa takut nak berhadapan dengan family awak, kawan-kawan awak, keadaan kat sana, semua-semua lah. Hihi. Tapi kuatkan jugak haty ni sebab nak jumpa awak sangat-sangat, rindu sangat taw, so, saya doa banyak-banyak kat Allah, supaya tenangkan haty ni and harap semua dipermudahkan olehNya. Aminnn. 

Day 1 : Tepat jam 4.15 p.m, saya bertolak dari stesen bas tu and selama 6jam lebih perjalanan akhirnya sampai jugak. Nasib ada awak taw teman saya sepanjang saya dalam bas tu. Kalau tak boley mati kebosanan + kesejukan la jawabnya. Hehehe. Thanks sayang. Then sempat lagi kan saya main-main dengan awak sampai awak tercari-cari saya kat bus stand tu. Hahaha. Memang lawak ohh. Sakit perut gelak sorang-sorang dalam bas. Hihi. Bila saya turun je dari bas tu, terus nampak awak (sempoi je pakai t-shirt and short pants bunga-bunga, haha). Then kita terus masuk kereta and pegi jumpa Ary (King of Crocodile) kat kedai shisha. Lepak-lepak jap kat situ and bila tengok jam dah lewat, kita terus gerak pegi McD ( drive-thru : order set McChicken, share sama-sama, baru sweet kan ? Hekhek :p ). Then, bila sampai je rumah, dah lewat sangat dah, semua orang dah tido, dua-dua pun dah ngantuk and letih, terus baring kat katil and zZzzzZz (lepas rindu puas-puas, lalala ). Hihi. 

Day 2 : Subuh lagi awak dah bangun mandy, siap-siap nak pegi keje dengan mama and ayah. Awak tak cuti on that day sebab awak mintak cuti hari Jumaat and Sabtu. Saya pun bangun sekali sebab teringin nak salam and jumpa mama, ayah, opah and adik. Pikir 2648786x jugak nak jumpa tanak dengan dorang tu semua sebab bila teringat yang awak duk story mory dengan saya sebelum ni, rasa mcm takut pulak, hahaha. Tapi dalam haty ni tetap jugak nak jumpa. Last-last pegi depan mama, tunjuk muka yang baru bangun tido, xmandy tu depan mama, senyum kambing, act normal, salam and tegur macam biasa, and saya boley nampak yang mama okay je. Fuhhh, legaaa~ Then, salam dgn opah pulak, try bermesra dgn dia and alhamdulillah opah pun okay sajaa :) Dengan adik pun try tegur-tegur even dia mcm malu lagi.Ayah ? Haaa, dia awal-awal lagi dah dalam kete, xsempat nak jumpa. Haritu, mmg saya yakin dan pasti saya akan bosan sementara nak tunggu awak balik keje taw. Macam-macam saya buat (kemas rumah, teman opah pegi Mempaga and beli breakfast dgn lunch, kemas bilik and buat jela apa yang patut rasa boleh buat). Sampai ada satu tahap saya taktahu nak buat apa dah, saya ambik keputusan nak tido and suruh awak kejut bila awak dah balik keje. And, tetiba saya terjaga tu, tengok2 awak dah ade kat sebelah tengah tengok saya tido. Katanya tak sampai hati nak kejutkan. Sumpah rasa mcm malu. Hahaa. Awak terus peluk and cakap rinduu. Auwww, shoo shuweett. Haritu jugak kita pegi pusing2 kampung naik motor. And awak bawak saya meet Yanie, such a pretty and adorable girl. Maghrib baru balik rumah, mandy, masak and makan sama-sama dengan family awak. Bila dah tengah malam tu, mcm biasa la kan, tidoqqqq laa. Hehehe.

Day 3 : Hari Jumaat, awak dah plan nak bawak saya pegi jalan2 kat Temerloh and Jengka. Pergi cuci mata and shopping dekat Starmall, and pegi jumpa kawan awak kat Jengka ( Ash, Hanny, Musyi, Eein, Izs and Tika). On that day jugak, awak ajar saya main pool kan ? Hihi, suka sangat. Dapat pengalaman baru. Banyak betul shopping haritu kan. Beli baju, seluar and yang paling saya suka, baju couple kita yang num 2. Hihi, omey angad (purple-grey). Pastu pegi lepak dekat rumah sewa kawan2 awak kat Jengka and then malam pegi main futsal. Awak tu takut2 je nak main sebab dah lama xmain futsal. Rasa kelakar pun ada bila tengok awak main tambah2 bila awak jadi goalkeeper, hahaha, mmg xsesuai langsung. Lewat jugak kita balik malam tu kan. Even letih, saya happy sangat sebab dapat spend time dengan awak and dapat kenal2 kawan awak.

Day 4 : Last day saya kat Pahang. Tiket bas pukul 12pm. Bangun tido terus packing barang nak balik. Actually berat sangat hati ni nak balik tapi disebabkan saya ada aktiviti esoknya tu, jadi saya terpaksa balik jugak. Sedih tu memang sedih tapi nak buat camne, ni la hakikat yang kita kena tempuh bila kapel jauh. Sabauu jelaa. Mcm2 saya pesan kat awak (jaga diri, jaga kesihatan, jangan buat benda bukan2 yg boley buat saya susah haty, etc). Awak hanta saya kat bus stand. Bila saya naik je bas, terus sama-sama rasa sebak, sedih. Tapi saya cuba tahan air mata dpd jatuh depan awak tapi sayang, saya mmg xmampu sangat dah nak sorok air mata saya tu sebab tak sanggup nak tinggalkan awak. Huwaaa :'( Menangis jugak dalam bas tu. Haihh. Awak pun nanges jugak. Tapi saya cuba pujuk hati sendiri and pujuk awak, cakap yang bila ada rezeki and masa, kita jumpa lagi ye sayang. Saya sayang awak taw taw !

Btw, i'm so happy bila dengan awak sayang. Saya cuba untuk manfaatkan masa yang ada tu baik-baik sebab masa tu kan emas. Sekian lah dulu untuk kali ni yee. Iloveyou sayangggg. Muah muah.

*kat bawah ni ada some pics kenangan antara kita*





No comments:

Post a Comment